Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bau] | برباءو

Definisi : 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bau] | برباءو

Definisi : mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbau

Puisi
 

Bunga keduduk bunga kenanga,
     Berbau harum sampai ke jalan;
Hamba duduk sambil bertanya,
     Ibarat pungguk merindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Masih berbau pupuk jerangau.

Bermaksud :

Belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bangkit Ibsejenis tumbuhan kecil yang mempunyai buah yang berbau wangi.Dia ada menanam sebatang pokok asam kemantan yang sungguh besar batangnya dan masih boleh dilihat sekarang. Tidak jauh dari situ juga, dalam kawasan Rapong, ada pokok bangkit yang sangat besar.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pola Bdsejenis pokok liar; batangnya lurus dan tinggi dan kayunya berbau harum.Dia bergegas menuruni tangga batang kayu pola sebesar paha dan setinggi kira-kira lapan kaki.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
resu Ibbuih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar).Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudak Ibsejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu.Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudakNovel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belingau Ibsejenis keladi liar.Menyedari bahawa ia tidak terdaya melepaskan diri Jabar lalu menukar dirinya menjadi tumbuhan keladi belingau. Keladi liar jenis ini berbau. tersebut dia akan mengatakan bau itu bau Jabar.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lunda, *minyak lunda* Ib, Ml, MSrsejenis minyak wangi.Di situ dia menanggalkan pakaian samarannya, iaitu baju bulu burung garuda dan menghiaskan dirinya. Disapukannya minyak wangi lunda yang berbau seminggu tahan sebulan, kemudian dipasang cawat yang lengkap segala perhiasan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas