bedilang Ib | sejenis dapur berbingkai empat segi, di dalamnya diisi tanah dan bara api yang digunakan untuk menyalai kepala musuh yang baru dibawa balik dari ngayau. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sikutan Tb | Bakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut. | “Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?” | Sikutan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanggui seraong, *tanggui seraung* Ib | sejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban. | Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |