Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.daun] | برداءون

Definisi : mempunyai daun, tumbuh (ber­cambah) daunnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.daun] | برداءون

Definisi : 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaun

Puisi
 

Kalau berdaun lebat sangat,
     Kalau berdahan dapat dititi;
Kalau setahun lambat sangat,
     Kalau sebulan boleh dinanti.


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
beyuh, *boyuh* Bdsejenis pokok berdaun besar dan boleh dibuat baju.Tidak juga ketinggalan tali-tali kecil yang diperbuatnya sendiri daripada kulit kayu beyuh yang lembut.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sengkenyang Ibsejenis tumbuhan bebawang yang berdaun lebar. Ia ditanam bersama-sama dengan tanaman padi.Ya, kalau sudah begitu, bawalah apa-apa saja yang kamu sayangkan di sini, dari huma dan tanah kamu. Seperti tumbuhan sengkenyang untuk permainan semangat padi kamu, cekur, kunyit dan lain-lain, kata Keling.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asam membangan, *asam embang* Ib, MSrsejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan.Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas