nasulang Kd | gagal menuba. | Setelah kerja-kerja menuba selesai, mereka berehat dan menanti di darat selama setengah jam hingga sejam sambil memerhatikan sama ada tubaan mereka itu berhasil atau tidak. "Nasulang" ialah istilah orang-orang Kadazan bagi kerja-kerja menuba yang gagal. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
talun Kh, LB | sejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat pakaian, tali, dan topi. | Apabila Acung Belu sudah pergi, Libau Buduk pun duduk berehat di atas lesung sambil menunggu. Tidak berapa lama kemudian, dia pun ternampak seorang yang berpakaian talun membawa tayen belalung. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aken LB | tempat mandi atau membasuh di tebing sungai. | Apabila dia sampai ke aken (tempat mandi dan membasuh di tepi sungai) dia berehat dan kemudian berjalan semula. Kali ini dia hendak meninjau lebih jauh lagi lalu berjalan menuju ke hulu sungai itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |