Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bérés) 1. teratur, rapi, tidak kacau: kehidupan kau masih belum ~ lagi; 2. selesai (perselisihan, hutang, dll): pertikaian dgn adiknya belum ~ lagi; hutang telah ~; tahu ~ bp tidak usah gaduh (semuanya akan beres);membereskan 1. mengusahakan dsb supaya teratur (sempurna, kemas, dsb), mengatur, merapikan: ~ semua yg perlu utk mesyuarat; 2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dll): hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian; pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membereskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berés) Mn ark sangat sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bérés/ 1 teratur baik-baik; tidak kusut atau tidak kacau; rapi: Rumah tangganya ~. 2 sudah diselesaikan: Kerjamu itu belum ~ lagi. membereskan 1 mengatur baik-baik; merapikan. 2 mengurus hingga selesai; menyelesaikan (perkara, hutang dsb). keberesan keadaan beres; kerapian. pemberesan perbuatan atau hal membereskan; penyelesaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beres


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mangasok Kd, Mrmenugal.Dan ah! Mangasok yang melepuhkan tapak tanganku itu sebetulnya sudah lama beres. Cambah dari benih padi Abang di huma itu sudah melebihi buku lali sekarang.‘Sekilas...’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas