maang, *mang* Ib | pedar. | ....beranakkan Sukan Nayan yang datang dari Karangan Lansar Nunggar, beristerikan Anggil bergelar Puchuk Langgir Muda yang diperah berasa pedar maang, beranakkan lyak Tinchik Betanggi, Endu Tali Gantong Kalingkang, bersuamikan Gerunsa, Dua Nama mindah Nu Nunggang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senggang Ib | sejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar. | Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkabai Ib | sejenis bekas berbentuk bulat dibuat daripada kulit kayu perawan atau kulit kayu meranti untuk menyimpan padi. | Apabila mendengar kata-kata Damu itu Serapoh pula menjawab, “Kalau benar awak hendak beristerikan Remi, tidak dapat tidak saya mesti meminta hantarannya, iaitu tengkorak musuh sebuah engkabai yang bertutup dengan gong.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bederian, *derian* Ib | akad nikah. | SETELAH dewasa Geraman dilantik menjadi ketua. Dia mengingati dan mengamalkan adat yang diwarisi daripada Sengalang Burong serta adat bederian dan bebunga pinang ketika perkahwinan dilangsungkan. Dia beristerikan Tebari dan beranakkan Chundau. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |