Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; memberitahukan memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun;pemberitahuan 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; pemberitahu orang yg memberitahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. memberitahukan menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb): Dia ~ kemalangan jalan raya itu kpd pihak polis. pemberitahuan 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. pemberitahu orang atau pihak yg memberitahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beritahu


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nuan Skengkau, kamu.Beritahu bapa nuan dulu!” Perintah itu segera dipatuhi. Bergegas-gegas Indun naik ke atas rumah dan sejurus kemudian turun semula dengan muka yang berseri-seri.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balui Ibsejenis buluh yang tumbuh di kawasan bukit.Tuak diisikan dalam buluh balui, beritahu Apai Icut yang tiba-tiba saja terjengul di muka pintu ruai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
saging Mrsejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak.“Bila mentua membawa saging menantu sudah faham,” beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau.7 Malam Mabuk di Pesta TinauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas