menaul Ib | helang. | Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
huguan siou Kd | gelaran untuk pemimpin agung Kadazandusun yg mempertahankan nilai tradisi masyarakatnya. | Pairin berkata, usaha memperkukuh kerjasama bagi memelihara dan budaya KDM untuk manfaat masyarakat itu sentiasa menjadi objektif setiap yang dilakukannya sebagai ‘Huguan Siou’ (Pemimpin Agung). | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkal Ib | Hukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya. | Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
samod Kd KB | sejenis roh baik. | Samod - Keluar daripada mayang kelapa yang diradap untuk dijadikan nira. Kalau orang Dusun minum nira, ia dituang sedikit di celah lantai atau ke atas tanah dan berkata Samod gulu Poginum. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duman, *dungan* Ib | kata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan). | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |