Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.yu] | برکايو

Definisi : 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.yu] | برکايو

Definisi : 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkayu

Puisi
 

Belas hati pandang ke bukit,
     Kerana bukit tidak berkayu;
Belas hati pandang ke adik,
     Kerana adik tidak beribu.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pogil Tbsejenis tumbuhan berkayu yang berjenis ringan, pucuknya boleh dibuat ubat.Pak Odok turut tersenyum. Parang di tangannya dimasukkan ke dalam sarung yang terikat di pinggangnya. Pak Odok duduk di atas sebatang kayu. Nanak meletakkan basikalnya di bawah pohon pogil. Dia duduk di sisi Pak Odok.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penduk Ibsejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput.Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jejabai Ibsejenis pokok hutan berkayu, buahnya seperti buah zaitun berwarna hijau semasa muda dan berubah kehitaman apabila tua. Ia dicelur sekejap sebelum dimakan.Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas