patu MSb | itik surati, itik nila. | Ayam betina berlari kencang. Anak-anak ayam mencicit-cicit. Ayam jantan berlari anak sombong. Patu dan angsa terkedek-kedek. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gonob Kd | kain sarung yang ditenun. | Sangkawanh mengakhiri mandinya. Dia berlari ke arah gonobnya. Dia pasti gonob itu ditaruhnya di banir pokok yang besar. Gonob itu sudah tiada di situ. | Utusan Borneo, 12 Februari 2003 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinubou, *tinubau* Ir | sejenis tarian tradisional suku kaum Iranun, Ia ditarikan dengan cara seorang berlari sambil menari dan membawa sapu tangan kemudian melemparkannya ke arah orang yang lain, seterusnya orang tersebut bangun dan mengulangi perbuatan yang sama. | Puyut yang pernah dikibarkan kepada Jamjin di majlis tarian tinubou, di kampungnya dulu, tidak ada lagi dapat menenangkan jiwanya. Tidak seperti waktu Jamjin kibaran puyut daripadanya dulu. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarik lampung Ib | sejenis sukan tradisional masyarakat Iban yang menggunakan kayu untuk menarik antara satu sama lain. | Mereka juga kerap kali mengetuai budak-budak melibatkan diri dalam bidang sukan seperti berlari, melompat, berlawan tangan dan jari, tendang-menendang, tarik lampung dan tarik tali dan bermain gasing. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tukak Ib | ranjau yang diperbuat daripada buluh nibung atau kayu yang dibentuk runcing di hujungnya. Ia dipasang di tanah untuk melukakan kaki sesiapa yang memijaknya. | Ketika musuh-musuh yang melarikan diri itu berlari di atas titian, titian itu pun patah. Kesemua musuh lalu terjatuh bersama titian yang patah itu. Ada yang mati dan ramai yang tercedera ditembusi tukak yang dipasang oleh Berauh Ngumbang di bawah titian. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |