keladi lantang Ib | simpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang. | “Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.” | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
somponon tinotok Kd Lt | memagar tapak semaian. | Somponon tinotok bermaksud pemagaran tapak semaian. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pendulug Ir | menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. | Akhir sekali untuk menyempurnakan tradisi budaya perkahwinan Iranun iaitu pendulug bermaksud menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. Selepas acara ini, kedua mempelai dibenarkan bebas melawati keluarga kedua-dua belah pihak dengan penuh adat istiadat kemasyarakatan. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandik belantan chawit Ib | tetakan dari bahu kiri ke rusuk kanan. | “‘Burung’ kita ini baik,” kata mereka. ‘Burung’ ini bernama Sandik Belantan Chawit yang bermaksud mendukung belantan sebelah kiri.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asu Ib, MSr | anjing. | Bala Maloh terkejut mendengar kata-katanya itu kerana mereka menyangka Radin minta tangguh kerana masih menunggu anjingnya. Ini ialah kerana asu bermaksud anjing. Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lepa Bj Sp | perahu. | PERAHU yang mempunyai ukiran bunga. Lebih unik, ukiran itu diadaptasi daripada ayat al-Quran. Masyarakat Bajau memanggilnya lepa mengikut bahasa Bajau Semporna yang bermaksud perahu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagidsa-idsa Ir | majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing dgn tujuan utk merisik. | Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumindok Kd Lt | permulaan menanam padi. | Selepas proses menggaruk, petani akan mengambil tujuh batang anak padi yang pertama gumontor dari tapak semaian untuk dibawa ke satu sudut kecil di sawah padi. Proses ini dikenali sebagai tumindok yang bermaksud "permulaan". | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tilud Kd Lt | lelangit rumah. | Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumampau Kd Lt | sebahagian adat istiadat dalam upacara memuja tajau. | Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |