kelakar MSr | 1. perbincangan. 2. perbualan. | Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
omet Tb | satu permintaan khas daripada pihak perempuan secara sindiran. | Tomuk tidak terus bersuara. Dia menjeling Toksin yang masih menunduk itu. "Ini omet aku," katanya sambil melurut rambutnya yang separuh kusut itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngintu Ib, MSr | memelihara atau menjaga atau mengasuh. | “Nah, kauambil ini.” Simin menghulurkan coklat. “Kau mengintu!” tiba-tiba Jenal bersuara. “Tidak. Mereka yang beri!” | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketawai Kd | tempat menyimpan padi. | Charlene menggeleng kepala. Tetapi dia cepat-cepat merapati ke badan Richard. Tentagas itu sengaja bersuara lantang untuk menyeru semua semangat padi supaya pulang ke ketawai. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |