Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
itok Ib, MSrselalu teringat-ingat akan sesuatu serta menyebut-nyebutnya berulang-ulang kali.Kadang-kadang Pak Karim berasa tindakan Minah itu sudah melampau. Sudah terlalu pengitok sikapnya. Tetapi di sebalik sikap suka itok itu ada juga baiknya. Pak Karim sendiri pun mengakuinya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
babadon Kdsejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada batang padi.Ketika ayah, emak dan kakak saya kepenatan menuai padi, saya pula sibuk mencuba memainkan Babadon tersebut. Kakak saya yang berulang-alik ke pondok untuk menghantar tuaian sering memarahi saya kerana lambat turun ke bendang.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas