Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.war.na.war.na] | برورنا-ورنا

Definisi : ; = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.war.na.war.na] | برورنا-ورنا

Definisi : mempunyai bermacam-macam warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
linangkit MrSatu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna).Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan linangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selimpuk, *salimpuk* Mrmanik-manik yang beraneka warna.Dia memakai pakaian daripada kain tenunan kapas yang halus berwarna hitam, disulami dengan beraneka jenis warna benangnya. Terdapat selimpuk atau manik-manik yang beraneka warna.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jernang, *jeranang* Ibsejenis tumbuhan seperti halia yang digunakan untuk membuat warna. Ia ditumbuk kemudian kacau bersama air sebelum diperah bagi mendapatkan bancuhan berwarna.Apabila sampai di situ Kumang pun terus mendirikan sebuah pondok. Setelah siap pondok didirikan, Kumang pun mendaki sebuah bukit. Di atas bukit itu dia terjumpa tumbuh-tumbuhan tarum dan jernang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas