Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tung] | بتوڠ

Definisi : 1. besar: buluh ~; katak ~; 2. = buluh ~ sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper; rumput ~ sj tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus; tebu ~ sj tebu besar; ~ ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk; ~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa; bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll); bereda (berteduh) di bawah ~ prb pertolongan yg tidak memadai;membetung membuat atau membubuh paip utk saluran air (najis dll); pembetungan 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;pembetung 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tung] | بتوڠ

Definisi : ; katak ~ sj katak yg kuat bunyinya; bagaimana hari takkan hujan, katak ~ dlm telaga berteriak selalu prb selalu pergi ke rumah orang dgn tidak berhad tentu mempunyai maksud yg tersembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tung] | بتوڠ

Definisi : sj ikan laut, songsong laut, selar papan, selar malam, Alepes melanoptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tung] | بتوڠ

Definisi : ; membetung membubuh paip utk membuat saluran air, najis dll. pembetungan 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. pembentung 1 sesuatu yg berbentuk bulat, panjang dan berongga di dalamnya (spt bentuk buluh) utk menyalurkan air dsb. 2 saluran paip utk menyalirkan najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.tung] | بتوڠ

Definisi : , = buluh ~ nama sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betung

Puisi
 

Tetak tebu betung,
     Sandar pokokinai;
Selawat gajah Tuk Dong,
     Saya nampak Tuk Nai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Betung bulat tak bersegi,
     pipit jantan tak bersarang.

Bermaksud :

Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
malap betung Bj Smupacara memakai bengkung bagi wanita selepas bersalin.Kau perlu akan upacara malap betung, Ayu.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
poring Kdbuluh betung; Dendrocalamus asper.Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sandong, *sandung* Ibtiang untuk mendirikan patung kenyalang (semasa upacara Gawai Kenyalang).Kedua kali Begawai Burung, tiang yang didirikan atau tiang sandong ialah daripada buluh betung ataupun batang pinang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas