Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
alal bimbang Slbaju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian Kaum Suluk Diminati RamaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbon Bj, Slbaju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas