Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ring] | بيريڠ

Definisi : sj penyakit kulit (berbintik-bintik dan gatal), ruam: leher anaknya penuh dgn ~ keringat; ~ panas biring kerana kena panas; ~ peluh = ~ keringat biring kerana peluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ring] | بيريڠ

Definisi : merah kekuning-kuningan (bkn bulu ayam); ayam ~ ayam (jantan) yg berbulu biring; ~ sangka naning warna serupa tabuhan (ayam); ~ sikunani Mn sj ayam yg tidak dapat dialahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ring] | بيريڠ

Definisi : tepi (pd paip tempat menyambung paip lain dll); ® tembereng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ring] | بيريڠ

Definisi : sj penyakit kulit berbintil-bintil lagi gatal; ruam: Leher anaknya penuh dgn ~ peluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bi.ring] | بيريڠ

Definisi : merah kekuning-kuningan (ttg bulu ayam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biring

Puisi
 

Ayam kecil terlalak-lalak,
     Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
     Adik tinggal sunyi hatinya.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
biring Ibayam jantan berbulu merah kekuningan.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rikut-rikut Ibbunyi suara ibu ayam yang sedang mengeram.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sempidan Ibsejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas