Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ru.bi.ru] | بيرو٢

Definisi : lipat-lipatan (pd tepi kain, tirai, dll);membiru-biru sl ark dilipat-lipat: kain, baju, destar dibiru-biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biru-biru

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(38)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tabu dita Mrsejenis tempayan besar yg berwarna biru putih.Menempatkan Galeri Pameran kekal, termasuklah Galeri Etnografi yang mempunyai koleksi busana etnik, peralatan muzik dan pelbagai artifak milik pelbagai etnik masyarakat di Sabah. Koleksi Tembaganya diperoleh daripada warisan tinggalan nenek-moyang dahulu kala seperti tempayan dan tembikar termasuklah tajau tabu dita yang jarang ditemui, tempayan tembikar biru putih yang amat besar tinggalan Dinasti Qing pada abad ke-18.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
imbuk Ibsejenis burung liar seakan-akan merpati, bulunya berwarna biru kehitam-hitaman.“Hem, saudara. Kami hendak pergi menangkap burung imbuk yang tidur di atas pentas papan. Kami hendak memerangkap burung sengayan yang tidur berbantalkan bungkusan bunga-bungaan kering,” jawab Laja menggunakan perumpamaan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
payau MSbrusa.Keringat di tubuhnya masih membasahi kemeja berkotakkotak biru yang dipakai. Letihnya masih belum hilang. Bangkai payau sebesar ibu kambing, masih tersembam di atas dedaun simpur kering.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rupor MSbkelim pada kain.Kain - daripada jenis kain songket dari sebarang warna - selalunya warna biru sebagai warna pilihan dan warna merah jingga. Di bahagian belakang kain itu akan dirupor. Rupor ini dikenali dengan tapih pada bahasa Berunai.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
serimpak, *sarimpak* Bj Smmahkota.Rohayu memicit pangkal keningnya, menggoyangkan serimpak yang menghiasi kepalanya dan menggerakkan kelambu biru laut yang mengelilingi katil pengantin itu.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
egut Bjbaju yang dibuat daripada kain baldu.Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kantiu Bj, Slseluar yang dibuat daripada kain baldu dan dihiasi dengan labuci.Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. Seluar kantiu daripada jenis kain yang sama, dipadankan dengan baju egut yang ketat.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas