madayut MBr | tarian tradisonal suku kaum Brunei. | Perkataan Madayut bermakna menyanyi sambil menari, dan dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa Madayut bermakna menari dengan iringan nyanyian, atau kombinasi di antara lagu dan tari, di mana rentak tariannya seakan-akan rentak pencak silat. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
cencudik Ky, MBr | sejenis udang halus air tawar (seperti geragau). | Di sungai-sungai pun terdapat jenis udang yang halus seperti udang geragau ini. Bagi orang Kedayan dan Melayu Brunei, udang jenis ini dinamakan cencudik. | Antara Pemutar Skru dan Kisus | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |