kelakar MSr | 1. perbincangan. 2. perbualan. | Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pulai Ib | pulang. | Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
terkanjat Kh, MSr | terperanjat, terkejut. | Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bandat Ib | sejenis permainan terup. | Umbai berasa semakin keliru semakin banyak kali dia menjawab sindiran dan ajakan orang-orang di sekeliling hamparan tikar tempat mereka bermain bandat itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
paloi, *palui* Ib, MSr | bodoh. | Lagipun kalau Umbai tahu aku berbuat begitu, percuma aku dikatakannya paloi atau tembap dan lebih menyedihkan dan membencikan lagi kalau dia terus mentertawakan aku. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nadai Ib | tidak; bukan. | Jimbai masih bertenang menunggu tindakannya. "Sial! Celaka! Lelaki nadai guna. Lebih baik kaumampus." Gemuruh geram dan benci menggoncang-goncang perasaannya bagai ombak pantai menyerang beting. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manas II MSr | marah. | Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kejeron MSr | ghairah, tak sabar-sabar, beria-ia benar (melakukan sesuatu). | Seingatnya juga, Bidin tidak bertanya satu apa pun petang itu. Tetapi dia yang kejeron hendak memberi tahu keputusan Esah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kempang Ib, MSr | tergamak, sampai hati, sadis, tega. | Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambung, *gambong* MSr | sombong atau bersifat kurang ajar, bongkak, berlagak. | Dirasakannya juga bahawa Ayu semakin gambung dan perasan. Malah dunia ini adalah dunia Ayu. Dia sudah ada orang yang dipanggilnya bapa. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |