lalo MSr | andartu atau bujang terlajak. | Aku sayang padamu kerana akulah yang menganggap diriku lelaki yang paling bertuah kerana setua aku masih dapat menjadi lelaki pertama yang memecahkan mahkota kedaraan isteriku sendiri kerana selayaknya manusia seperti aku patut berbini janda atau perempuan lalo. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambang II Kd KB | sejenis kain sarung. | Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang). | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
endu Ib | sapaan untuk anak gadis atau perempuan yang lebih muda atau menantu perempuan. | Oh... endu, Dara Tekom Emperaja, hantarkan rokok, panggil Bujang Pangka Lelang. "Oh. di sini rupanya gadis yang bernama Dara Tekom Emperaja," kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lau Ib | lebam. | .... beranakkan Endu Dana Entali Bunga, bersuamikan Laja yang hitam lau muka penyalai tengkorak balang berang, beranakkan Tedong Merengong, yang digelar Bujang Chenaga Umbang.... | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tedah MSr | Kasihan, pernyataan simpati kepada seseorang akibat kesusahan dan sebagainya. | Pawi, bisik Pak Keri Ladun, menggamit lutut Udak Pawi. Nampaknya semakin teruk keadaan tedah Bujang Elak itu!" Udak Pawi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, lemah. Hatinya yang gelisah semakin bertambah gelisah. Tewaskah Syekh Jamal?. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekaran Ib | sejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji. | Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |