kubing Ir | nama lain bagi alat muzik tradisional Bungkau yang terdapat di Kota Belud. | Suku Murut yang tinggal di sekitar Tenom mengenali alat Bungkau sebagai Turiding, manakala suku kaum IIIanun yang terdapat di Kota Belud menamakannya sebagai Kobing. | Bungkau juga miliki lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
molohingon Kd | ketua kampung. | Merah padam muka Bungkau ditempelak oleh Mamai Lumbat. Dia tidak mengerti, kenapa begitu jahilnya Molohingon Kampung itu terhadap adat resamnya sendiri. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
polod Kd | sejenis palma. | Seperti yang termaklum, Sompoton diperbuat daripada buluh sumbiling sedang Bungkau diperbuat daripada pelapah polod atau bengkala. | Bungkau juga miliki lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sopinit Kd | lilin lebah daripada sarang kelulut yang digunakan sebagai gam. | Si pembuat Bungkau akan menipiskan bahagian tengah pelapah berkenaan dan dibubuh dengan sopinit atau sopilod (suatu bahan yang pekat berwarna coklat/hitam) dari bahasa daerah suku Kadazandusun yang mewarisi alat muzik berkenaan di mana terdapat di beberapa bahagian di daerah-daerah pantai barat, pedalaman dan lain-lain. | Bungkau juga miliki lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
inan Kd, Mr | sapaan hormat untuk makcik. | Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turali Kd | sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh sumbiling berukuran 30 cm dan mempunyai 7 lubang. Dimainkan semasa upacara kematian dengan meniup menggunakan hidung. | Dalam pertandingan itu saya memilih empat jenis muzik tempatan seperti Bungkau, Sompoton, Turali Toniba dan Babadon. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |