Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kelkati MSbkacip pinang.Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
titik gabang Sl, Tbpemukul gabang.Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngangkat abongan Bj Smkemuncak tarian runsai – hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama.Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gabang Bj, Sl, MSbsejenis alat muzik yang dibuat daripada buluh dan besi. Ia diketuk untuk mengeluarkan bunyi.Bunyi gesekan biola itu kini diiringi bunyi kulintangan, bebandil dan gabang yang berlenggok-lenggok di udara dan melayah turun, lalu menyapa mesra di copeng telinganya.Sitti ArianaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kejarut, *bejarut* MSrkusut, berserabut.Berkeriut bunyi tali galas mencekik tajuk; disusuli bunyi kocakan air diterjah kaki dayung selebar 2 sentimeter. Anjang Husin terasakan paduan bunyi yang kejarut itu seolah-olah irama lagu kesengsaraan yang menguliti hidupnya sekeluarga.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taing-taing Ibperihal bunyi besi yang dipukul dengan besi.Aki Lang Sengalang Burong pun pergi ke ruai bertanyakan tempat benda yang Aji idamkan itu supaya boleh diambil. Kata Aji tempatnya ialah di sebuah bukit yang ditumbuhi resam, tempat yang selalu kedengaran bunyi ruding yang berbunyi taing-taing, berdekatan dengan gerun lubang seruling yang menghasilkan bunyi seperti Apai Keling Gerasi Nading, membuat hujung tiang kelingkang yang mempunyai lubang yang tembus dari sebelah ke sebelah digunakan untuk membuang miang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wong, *wunf* Ibjeram.Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
salun MSbgema.Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkawir Kdsejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan.Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadul, *todul* Kdkayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon.Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123456

Kembali ke atas