Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi.bu.nyian] | بوڽي-بوڽين

Definisi : alat muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nyi.bu.nyian] | بوڽي-بوڽين

Definisi : alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi-bunyian


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
magasab Kdperbuatan seperti mengeluarkan bunyi-bunyian dengan tujuan untuk menaikkan semangat. Upacara ini dilakukan ketika pahlawan-pahlawan hendak berangkat ke gelanggang pertempuran, sekembalinya dari peperangan dan semasa upacara mencari pahlawan-pahlawan yang terhandal.Menurut datuk ayah, alat-alat ini dipalu bersama sebuah canang, gendang dan sebilah cangkul semasa upacara magasab.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiring-kiring Kdsejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak.Giring-giring : Segugus (seperti buah langsat), sebanyak 10 biji diperbuat daripada tembaga. Kadang-kadang ia juga disebut kiring-kiring, dibunyikan oleh wanita.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giring-giring MSbsejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak.Gong, gendang dan giring-giring tidak perlu dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh tetagas.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
betitik Bjsejenis irama muzik tradisional masyarakat Bajau Sama yang menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang, bebandil dan kulintangan.“Nukung, apa kata kita cadangkan kepada Tok untuk mengadakan majlis betitik dan kalang sama untuk menghiburkan dan menghilangkan ketegangan penduduk Desa Selengkutai.”NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
babandil sanang Kd Ltsejenis canang.Alat-alat, susunan dan letaknya bunyi-bunyian yang mengiringi tarian Sumayau di Tuaran. Babandil Sanang/Canang Gong/Tawag-tawag Gong/Tawag-tawag Gendang Giring-Giring.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngangkat abongan Bj Smkemuncak tarian runsai – hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama.Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas