serakai Tb | kain yang dililit di kepala. | Awak nak ke mana? Lumbai tergesa-gesa mencapai serakai yang tersangkut di bendul rumahnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
egut Bj | baju yang dibuat daripada kain baldu. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gimbaran MSb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penjaram MSb | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras. | ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kampit, *kupit* MSb | sejenis perahu besar. | Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baat Tb | tiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah. | Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
goronai Tb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kantiu Bj, Sl | seluar yang dibuat daripada kain baldu dan dihiasi dengan labuci. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. Seluar kantiu daripada jenis kain yang sama, dipadankan dengan baju egut yang ketat. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |