Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung, Sterna hirundo; ~ besar berjambul sj burung, Sterna bergii; ~ hitam sj burung, Childonias niger; ~ jambu sj burung, Sterna dougallii; ~ kecil sj burung Sterna albifrons. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata camar I

Puisi
 

Burung camar burung di laut,
     Camar seekor beliak mata;
Jangan digemar ikan di laut,
     Ramai orang balik saja.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
serakai Tbkain yang dililit di kepala.Awak nak ke mana? Lumbai tergesa-gesa mencapai serakai yang tersangkut di bendul rumahnya.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
egut Bjbaju yang dibuat daripada kain baldu.Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gimbaran MSbmakhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh.Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penjaram MSbsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras.ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kampit, *kupit* MSbsejenis perahu besar.Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baat Tbtiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah.Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
walai goronai Tbrumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus.Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
goronai Tbmakhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh.Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
utak-utak Bj, Slsejenis sanggul.Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kantiu Bj, Slseluar yang dibuat daripada kain baldu dan dihiasi dengan labuci.Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. Seluar kantiu daripada jenis kain yang sama, dipadankan dengan baju egut yang ketat.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas