Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.ti/] | چنتيق

Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.ti/] | چنتيق

Definisi : Mn biang, gasang, gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.ti/] | چنتيق

Definisi : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik

Puisi
 

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kain kebat Ibsejenis kain yang dihasilkan melalui teknik ikat.“Apa yang kauberi saya terima sajalah, kerana kami ini dalam keadaan yang sangat susah.” Indai Jebua lalu memberinya kain kebat iaitu kain tenun yang baik, diberinya juga baju yang cantik dan barang lain yang cantik-cantik.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelam Ibsejenis manik.Amboi, cantik betul kelam tembaga ini! Sungguh cantik tempat ini, kata Manang Engkejuang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unduk ngadau MSbRatu cantik sempena Pesta Keamaatan.Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya.Jejaka IdamanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
melan-melan Ibkelihatan cantik, anggun, menawan daripada segi penampilan, atau rimbunan pokok.Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
luntang Ibpotong/kerat.Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulung-kulung Kdbahagian bawah rumah.Bangunan-bangunan tinggi yang memuncak begitu cantik, terlalu asing bagiku. Tidak seperti yang aku rasakan di kampungku, terlalu damai melihat kerbau-kerbau jinak berkeliaran di bawah kulung-kulung rumah.Jangan ke KotaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gempanang Ibketul-ketul emas atau intan.Dilipatnya sekali sanggul gantung, sanggul condong silai, sanggul simpan yang cantik, berburai akan jadam emas gempanang. Lepas itu baru dia mengatur pula sanggul sadak untuk dipasang sisir perak.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekalong, *tekalung* Ibsejenis pokok besar tumbuh liar; kulitnya boleh dibuat tali, baju dan bebat untuk wanita selepas bersalin.Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lia jerenang Ibsejenis halia yang boleh dibuat ubat kembung perut (kanak-kanak). Ia biasanya dimakan bersama-sama sirih pinang.Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sunduk Kdsejenis tudung yang diperbuat daripada kain mogah yang dpakai oleh penari perempuan. Ia merupakan salah satu pakaian tradisi kaum Dusun.Ah, cantik juga gadis-gadis asli, ujar Charlene apabila meneliti pengantin perempuan yang memakai pakaian tradisional dengan tudung sunduk.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas