[ce.kur] | چکور
Definisi : sj tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga; ~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans; ~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar; memanjat pokok ~ boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ce.kur] | چکور
Definisi : nama sj herba yg umbinya boleh dibuat ubat, Kaempferia galanga. ~ manis nama sj pokok renek yg daunnya boleh dibuat sayur, asin-asin, Sauropus albicans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)