tajau MSb | sejenis tempayan. | Semua haiwan buruan itu, dijeruk dalam tajau atau disalai supaya tahan lama. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
malap betung Bj Sm | upacara memakai bengkung bagi wanita selepas bersalin. | Kau perlu akan upacara malap betung, Ayu. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kinoringan Kd | Tuhan pencipta. | Tetagas tidak dipanggil untuk memohon kepada Kinoringan supaya menurunkan hujan bagi menyelamatkan umat manusia. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simbohong libian Bj Sm | bentuk sanggul rambut. | Rohayu mengerutkan kening, terasa ada angin menghembus dan membelai anak rambutnya yang terungkai daripada simpulan simbohong libian. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
serimpak, *sarimpak* Bj Sm | mahkota. | Rohayu memicit pangkal keningnya, menggoyangkan serimpak yang menghiasi kepalanya dan menggerakkan kelambu biru laut yang mengelilingi katil pengantin itu. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
siud MSb | sejenis alat untuk menangkap ikan, tangguk. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
raban Bj, Tb | kayu pada tempat memasang tugu yang digunakan untuk menangkap udang. | Mereka yang sedang menarik tugu dan menegakkan raban yang sedikit condong, bingkas berkejar datang. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mogah Bj Sm, Ir | kain tenunan untuk hiasan. | Kerja-kerja tangan mereka yang bermutu tinggi seperti tenunan kain mogah dan tenunan dastar, menghiasi dinding rumah yang sobek-sobek. | Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
momolian Kd, Mr | suatu upacara mengubati pesakit. | Apakah dia tergamak memanggil momolian untuk menjampi dan menerangkan ubat-ubatan yang diperlukan, mengikut jenis penyakit yang dipercayai dihidapai oleh ibunya? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giring-giring MSb | sejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak. | Gong, gendang dan giring-giring tidak perlu dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh tetagas. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |