Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi sudah: ~ lama kami cari rumah, tidak dapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah I

Puisi
 

Ada kain lupa ke baju,
     Konon baju layu dah bunga;
Ada lain lupakan aku,
     Kerana aku orang dah hina.


Lihat selanjutnya...(43)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tegunggu Kd Pn, Mrset gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau.Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pugai I MSbmengenakan ubat guna-guna untuk membuatkan seseorang menyukai seseorang yang lain (lelaki dan perempuan) dengan menggunakan minyak dan sebagainya.Jangan-jangan, kau ni dah dirasuk oleh roh jahatnya. Barangkali, kau ni dah dipugainya! bentak Angusi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sakang Ibazimat dan ubat-ubat bomoh.Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalasu Mrnama sejenis manik yang berbentuk bulat.Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa!Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beremak MSrmengharungi atau berjalan di kawasan yang berlumpur atau berlekit.Abang dah tua tak larat lagi beremak menggaris lokan, membebankan Ipin dan Juak saja, ujar Nek Fid.Antologi Cerpen Meminggir AnginGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
dudi Ib, MSr, Skkemudian, kelak.Mun sik, apa nak dipolahnya besar dudi hari kelak. Dah pun kitak si tada bereta.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berasik Bj, Bs, Mr, Tbupacara memulih semangat.Bapa saudaraku sakit. Sakit tua, jelas Eunice, "Dah jenuh kami bawa ke hospital, tapi tak juga baik. Tiada jalan lain, kecuali mengadakan upacara Berasik, untuk memulihkan semangatnya untuk hidup."Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
indai Ibemak.Apai tak boleh buat kerja tu sendiri. Apai mesti ingat anak-anak apai ini. Indai dah tak ada lagi, apai pula nak meninggalkan kami bertiga! bantah Minyoh.Novel Pahlawan Rumah PanjangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkas I Mrsejenis hiasan pada pakaian tradisional suku kaum Murut yang diletakkan pada bahagian pinggang.Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa!Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyenggai, *nyenggai antu* Ibupacara meratapi mayat serta menyebut-nyebutkan tentang kebaikannya dan kejayaannya. Upacara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kesedihan dan menjaga si mati.Tak ada anak, makanan dah habis semasa upacara nyenggai, kata Lenta."Cubalah tengok dulu," pinta Baring lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas