Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ki] | داکي

Definisi : I kotoran yg melekat pd badan (pakaian dll); nyamuk ditepuk menjadi ~ prb tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yg bertimpa datangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ki] | داکي

Definisi : ; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, me­­maju­kan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ki] | داکي

Definisi : kotoran yg melekat pd tubuh manusia, pakaian dll: Badannya penuh dgn ~ kerana dia tidak mandi. ~ dunia segala harta benda dunia (wang ringgit, tanah, barang berharga dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.ki] | داکي

Definisi : ; mendaki 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. terdaki dpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya. pendakian 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. pendaki orang yg mendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daki

Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gusi Kdtempayan.Dengan daki tuhan, dia ambil itu daki kan bikin manausia kan, dia simpan itu di dalam gusi (tempayan), anaknya nombor dua, dia simpan dalam, anaknya nombor dua, Gusi ini macam tajaulah, tajau besar, ah... itu gusi kan, dia simpan itu gusi dalam itu, dia simpan itu, manusia yang dia buat itu kan di dalam itu gusi.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas