Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ngau] | داڠاو

Definisi : pondok kecil di sawah atau ladang (tempat menjaga tanam-tanaman dll): dia selalu menunggu durian di ~; perdangauan kawasan letaknya dangau: tapak ~ itu mesti diselamatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dangau

Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sudap, *sulap* Kd, MSbdangau, pondok.“Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkabang Ibsejenis pokok dan buah.Sampai di kebun, kakinya melangkah ke batas ubi kayu dan ubi keledek, kemudian menuju ke dangau di tepi semak di bawah pokok engkabang yang meredup itu.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas