angkat dara MSr | akil baligh bagi kanak-kanak perempuan. | Pak Bidin lebih berat hendak memikirkan anaknya yang kedua, yang sudah angkat dara sejak sekian lama. Kalau apa-apa berlaku kepada anaknya itu, dan sebelumnya dia menyelak tepi kain orang, kelak akan dijuihi bibir oleh orang lain pula, menyesal tidak sudah jadinya. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
endu Ib | sapaan untuk anak gadis atau perempuan yang lebih muda atau menantu perempuan. | Oh... endu, Dara Tekom Emperaja, hantarkan rokok, panggil Bujang Pangka Lelang. "Oh. di sini rupanya gadis yang bernama Dara Tekom Emperaja," kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tokubon Kd | kahwin paksa. | Kahwin paksa atau "Tokubon" atau kadangkala adat ini dipanggil "Magakup" berlaku apabila si teruna berkenankan si dara. Si teruna akan sentiasa berusaha mencari peluang untuk memerangkap dan mengurung si dara. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magakup Kd | kahwin paksa. | Kahwin paksa atau "Tokubon" atau kadangkala adat ini dipanggil "Magakup" berlaku apabila si teruna berkenankan si dara. Si teruna akan sentiasa berusaha mencari peluang untuk memerangkap dan mengurung si dara. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
datang kain MBr | datang bulan. | Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senggang Ib | sejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar. | Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gerunggang Ib | sejenis pokok yang batangnya boleh disirap atau dibelah untuk dijadikan atap. | Endu Bunga Eni dan Dara Bunga Satangkai meneruskan perjalanan mereka. Menjelang tengah hari, mereka terserempak dengan sepohon pokok gerunggang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelangka Ib | sejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi. | Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalasu Mr | nama sejenis manik yang berbentuk bulat. | Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa! | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kidum MSb | senyum. | “Ya, memang dia menyintai gadis itu,” getus hati Omar. Kilau matanya, riak wajahnya pun kidum tawanya serta gelagat rianya dipenuhi oleh cinta yang terus membara terhadap dara itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |