Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi] | دمي

Definisi : 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka ber­bagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi] | دمي

Definisi : 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi

Puisi
 

Pandai mengalah meniti batang,
     Raja Panji turun berkuda;
Demi jauh tuan datang,
     Menuntut janji dari semula.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
aki kapuuno Mrpencipta langit dan bumi.Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unduk ngadau MSbRatu cantik sempena Pesta Keamaatan.Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya.Jejaka IdamanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas