Bubutan Kd KB | dewa air. | Sejenis dewa, asalnya dari air. Bubutan ini berkahwin dengan Salasak atau Tombaig. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Yumun Kd KB | dewa perempuan. | 23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
umun Kd KB | dewa perempuan. | 23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miontong Kd | dewa pelindung. | Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jila isang Ib | daun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban. | Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bercenaga, *bechenaga* Ib, Kh | upacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang. | “Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
anding Ky, MBr | nama tarian pemujaan. | Pada mulanya tarian Anding ini bukanlah merupakan tarian untuk bersukaria, tapi merupakan ‘pemujaan’ terhadap semangat atau dewa dewi dan mambang. | Pemujaan Semangat Dewa Dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulu baiduri Mr Td | sejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh. | Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh. | Tarian hadiah untuk pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jubata Sk | dewa. | Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patara, *petara* Ib | dewa. | Akan sihatlah kamu kata Betara Simpandai, Kaya kata Anda Mara, Dirgahayu sumpah Hantu, Baik segala-galanya restui Petara. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |