Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wan] | ديوان

Definisi : /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
garusai Ihsejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu.Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinitundob Mr Tltempat menyangkutkan tengkorak, bahagian ini terletak di tengah siling dewan lansaran.Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengimun liliwa Mrpenyanyi lagu tradisi.Dengan bermulanya nyanyian tersebut, maka penari-penari lelaki dan perempuan pun mulalah menghayun dewan Lansaran tadi, di samping mengikuti irama nyanyian yang dinyanyikan oleh `mengimun liliwa' sebagai penghidup semangat mereka.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
andau Ibtiti gantung.Tak senang meniti andau pelangi sekecil lidi. Kau akan binasa di dunia itu wahai bapaku.Dewan Sastera Januari 2003Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalaguna Mrlantai lansaran.Lalaguna - berukuran kira-kira 20 kaki panjangnya dan sebanyak 60 batang yang diperlukan - ianya digunakan sebagai gelagar dewan `lansaran'.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
randau Ibdialog, perbincangan.Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua.Dewan SasteraGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pua kumbu Ibkain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut.Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan.Dewan SasteraGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lansaran Mrpentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel).Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumayau Kdsejenis tarian suku kaum Dusun Gana yang ditarikan secara berpasangan oleh enam/lapan orang lelaki dan wanita. Tarian ini diiringi oleh paluan gong dan kulintangan.Berapa orang penari lelaki dan wanita, menuju ke dewan tari untuk menarikan tarian sumayau bersama­sama Ivan.Tarian Pribumi SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas