burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelita bakak MSr | sejenis lampu suluh yang menggunakan kobalt dan minyak tanaha. Ia diletakkan di atas dahi semasa menggunakannya. | Parang puting tersarung di pinggang dan pelita bakak melekap di atas kepalanya. | Novel Antara Dua Kepercayaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
langkou, *langkau* Mr | pondok. | Padi yang masak juga diletakkan di atas tikar dalam satu pondok (langkou) yang dibina berhampiran dengan petak padi. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
padung Ib | loteng. | Semuanya diceritakan tentang tengkorak manusia yang digantung di atas padung rumah panjang dan tentang keterbilangan kaum Iban memburu binatang dengan sumpit mereka. | Novel Antara Dua Kepercayaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya Ib | barang-barang untuk si mati yang ditanam atau diletakkan di atas kuburnya. | Orang tua itu pun menangis sekuat-kuatnya. Semua barang termasuk pakaian perempuan itu hendak diberikannya kepada mendiang anaknya itu sebagai ‘baya’nya. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunggul-tunggul Bj | bendera yang dipacak pada tanah pada hari perkahwinan atau di atas kubur. | KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
liang hati, *beliang* MSr | gelabah, terkejut, kaget. | Milah yang sedang menyusun pinggan di atas meja kelihatan berliang hati. Sama seperti dua tiga bulan yang lalu sewaktu aku memberitahunya tentang abangnya Debam Isak yang tiba-tiba saja mahu dijodohkan dengan Mak Ketenten. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
inan Kd, Mr | sapaan hormat untuk makcik. | Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajo Ib, MSr | tajau (sejenis tempayan besar). | Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |