paiya, *paya* Ib | bahagian cawat yang berjuntai di depan. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
naik jabar MSr | perasaan terlalu marah, naik radang. | Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temasu MSb | tembusu; Fagraea fragrans. | “Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunduan Kd KB | sejenis roh baik. | Sunduan - Semangat anak yang baru lahir, menentukan watak, bakat, akhlak dan kecerdasan anak itu di masa depan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ubar suluk Bj, Sl | sejenis pohon kayu bakau | Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kayu ubal Bj Sm | sejenis pokok kayu yang kulitnya dijadikan pewarna (merah tua). | Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah. | www.berita Harian.com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
badat Kd Pr | sejenis balai khas yang hanya berdinding di bahagian kiri dan kanannya, untuk upacara Menugit sahaja. | Upacara Menugit selalunya diadakan di sebuah balai yang disebut oleh orang-orang Kadazan sebagai balai badat - iaitu sebuah balai yang dibina khas, ianya merupakan sebuah bangunan tanpa dinding di bahagian depan dan belakangnya hanya dinding di kiri kanannya saja yang dibuat sebagai tempat menyimpan alat-alat bunyian dan tempat orang yang duduk bersandar. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |