entuyut Ib | sejenis periuk kera. | Akar entuyut, basung dan tenggang berceranggah di sana sini, membelit perdu pokok yang berhampiran. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kikit, *kikik* MSb | sejenis layang-layang. | Pakai Kikit (layang-layang) Kikit Ong, kikit yang besar. Apabila dia terbang kan, memang ada orang ikut. Sampai di sana, kikit itu dia simpanlah. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
idas Bd, Ib | sejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu. | Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pudung Bj, Kd, Tb | parang pendek yang digunakan untuk merumput. | Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
runsai Bj Sm, MSb | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri. | Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkal Ib | Hukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya. | Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
suang talun Kd | binatang liar. | Masa eh... dia urang (orang) mau pi jalan sana hutan, ibunya berpesan kepada mereka di mana sekiranya dia urang makan dan terjumpa dengan suang talun (binatang liar) mereka disuruh jangan bunuh itu binatang. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |