lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garusai Ih | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu. | Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tulandaat Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat – Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sorupu Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat – Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik kuntau Bj Sp | sejenis irama paluan kulintangan. | Kalau diperhati dengan teliti rentak atau irama titik kuntau yang menjadi satu tempo dan tarian di dalam tegungguk bagi masyarakat Bajau di Semporna ada persamaannya dengan rentak atau irama tigad-tigad bagi masyarakat Bajau di Kota Belud, di mana di dalam kedua-dua rentak atau irama tersebut penari-penarinya akan menari sama seperti keadaan orang yang sedang berpencak silat. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tontog Rg | sejenis tambur kecil. | Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karatung Kd Tm | sejenis tambur kecil. | Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karangan Ib | hamparan batu kerikil di tebing atau di tengah hulu sungai. | Apabila Kumang dan Lulong tiba di sebuah karangan mereka terlihat banyak ikan sedang berkumpul untuk menetaskan telur. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
boton Tb | sejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi. | Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
geramak Ib | sejenis ketam kecil. | Di tangannya ada karung plastik hitam. Kasau tahu, itu tentu geramak. Tentu Umai begitu gembira menangkap geramak di sawah. Geramak suka menyorok di bawah daun-daun kelapa kering, di celah-celah tunggul. Atau di celah-celah rumput kering. | Buaya Putih Buaya Kudung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |