mohontog, *momohontog* Kd | upacara yang diadakan untuk berhubung (kali terakhir) dengan roh si mati. | Di kalangan setengah-setengah suku kaum Kadazan seperti orang-orang Kadazan di Daerah Penampang, upacara "Mohontog" diadakan untuk berhubung kali terakhir dengan roh si mati. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
poju Kd Lt | upacara yang diadakan sebelum kerja-kerja mengambil kayu/perkakas membuat rumah dimulakan. | Sebelum alat-alat perkakas membuat rumah itu diambil dari hutan, terlebih dahulu mereka mengadakan upacara "Poju" supaya keselamatan rumah itu terjamin. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandau hari Ib | majlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja. | Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara ‘sandau hari’ untuk menandakan kegembiraan. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginakan Kd, Mr | kenduri kesyukuran. | Upacara maginakan ini diadakan adalah untuk menyatakan rasa syukur dan penghargaan terhadap rezeki yang telah diberikan oleh semangat penjaga keselamatan dan rezeki manusia bagi satu-satu keluarga yang mahu mengadakan upacara tersebut. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
diogik, *oogik* Bj Sm, Kd | irik. | Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi. Padi-padi telah disimpan di dalam ketawai sesudah diogik, yakni menanggalkan buah-buah padi dari tangkainya - mengirik. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pandong, *pandung* Ib | binaan khas yang didirikan di tengah ruai, semasa diadakan upacara gawai. Binaan ini dikelilingi lemambang semasa menyanyikan mantera. | Langau bukan langau mendebungakan bunga Jawa, Mengapa pandong pak cik Apai Sabit Bekait condong, Dikelilingi rombongan Laja, kata mereka mengap. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magang Kd | upacara pindah rumah baru. | Magang ialah upacara yang diadakan sempena dengan perpindahan ke rumah baru bagi satu-satu keluarga; terutama sekali keluarga-keluarga yang ada menyimpan tengkorak manusia yang merupakan barang warisan yang berharga bagi keturunannya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madsayau Kd Lt | tarian dalam upacara pengubatan. | Sekiranya upacara patod ini diadakan bagi mengubat orang yang sedang sakit, maka `bobolian' akan menari atau mengalai -madsayau, yang bentuk tariannya hampir seperti mengigol. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gumazad Kd | upacara menghalau hantu dari rumah baru. | Upacara Gumazad ini diadakan adalah untuk menghalau hantu dari rumah baru yang akan ditempati oleh penghuninya. Untuk menghalau hantu yang berkenaan, maka diadakanlah upacara Gumazad. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baasik Kd Mb | upacara kesyukuran selepas menuai padi. | Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |