boyug Kd Lt | sejenis kumbang berwarna hijau kilat yang selalu didapati memakan daun pokok kapuk. | Kepak boyug - sejenis serangga berwarna hijau kilat yang selalu didapati memakan daun pokok kapuk. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nindapuan Kd KB | harta pencarian. | Pencarian ialah harta yang didapati hasil dari usaha sendiri, disebut dalam Bahasa Dusun sebagai “nindapuan” | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumbak Ib | perihal kulit yang terkopak atau terbuka besar akibat penyakit sopak atau terkena air panas. | Kemudian didapati ada sedikit calar pada badan Nara kerana cakaran kuku harimau tersebut. Calar itu kemudian semakin membesar, menjadi septik atau rumbak dan tidak boleh baik. Ini menyebabkan Nara tidak berkahwin sehingga mati tua. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gollom, *golom* Bj Sm | pokok gelam. | Aku ajar mereka cara-cara mengendalikan lipa. Menyumbat kebocoran lipa dengan kulit kayu gollom yang banyak didapati di persisiran pulau-pulau. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengang Ib | sejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala. | Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penduk Ib | sejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput. | Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sundatang Tb | sejenis alat muzik yang dibuat daripada batang nangka. | Setakat ini saya telah memperkenalkan 19 alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bambu kecuali Gandang dan Sundatang. Alat-alat untuk membuat alat ini iaitu batang bambu, kayu nangka, kulit labu, gam asli daripada sarang lebah dan lain-lain adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dengan mudah. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |