lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monobos Kd Lt | salah satu adat istiadat dalam upacara memuja tajau. | Pada hari yang kedua, semua tajau yang mahu dipuja dikeluarkan dari tempat simpanannya. Pada hari itu, upacara memuja tajau dimulakan dengan lima orang "Tantagas" menjalankan adat-istiadat "Monobos" dan lima orang lagi menjalankan adat-istiadat "Mongilau". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongilau Kd Lt | salah satu adat istiadat dalam upacara memuja tajau. | Pada hari yang kedua, semua tajau yang mahu dipuja dikeluarkan dari tempat simpanannya. Pada hari itu, upacara memuja tajau dimulakan dengan lima orang "Tantagas" menjalankan adat-istiadat "Monobos" dan lima orang lagi menjalankan adat-istiadat "Mongilau". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |