menimbang Bs, Tb | suatu upacara tolak bala yang dilakukan ke atas bayi yang dilahirkan pada bulan safar (Muslim sahaja) untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa bayi tersebut. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popolintuhun Kd | upacara memijak tanah untuk bayi yang baru lahir (berumur seminggu). | Seminggu selepas anak itu dilahirkan, dukun wanita itu sekali lagi dipanggil untuk menjalankan upacara memijak tanah atau "Popolintuhun". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolok Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolai Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |