kaval Rg | sejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita. | Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelias MSb | azimat yang dipakai untuk menjadikan seseorang kebal (terelak daripada bahaya). | Embok Ali telah memasang ilmu pelias kepada orang-orangnya, sebab itu semua tembakan tidak mengenai sasarannya. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobotolan Ir | pakaian yang dipakai oleh penari lelaki/perempuan sewaktu menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | “Darangan Sumagayan’ Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
agugulir Mr | tanda yang dipakai menandakan masa berkabung seseorang seperti meletakkan kain hitam di atas bahu mereka. | Pandangan mata Kinawa segera beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Paring. Di situ dia melihat agugulir itu. Insaflah dia. Dia terlalu mengikut runtunan hatinya, hingga lupa kepada keadaan Paring yang sedang memakai tanda agugulir itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumbon Bj, Sl | baju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan. | Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirisip, *sinisip* Ir | mahkota yang dipakai oleh penari perempuan atau pengantin perempuan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan’ Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sarung, *seraung* Kd | terendak yang dipakai oleh suku Dusun Papar. | Wanita-wanita ini menudungkan kepalanya dengan sejenis tudung kepala yang seakan-akan terendak di Malaya. Di Papar orang menamakan "sarung" dan bentuknya seakan-akan tudung saji di Malaya. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alal bimbang Sl | baju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek. | Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya. | Tarian Kaum Suluk Diminati Ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unus lebus Ib | gelang perhiasan yang dipakai di betis (untuk lelaki). | Keling terus bangun dan mengenakan pakaiannya. Dipakainya gelang engkerimok yang dibuat daripada resam rimba. Dipasang di atasnya gelang betis unus lebus yang membuatnya menyerupai orang bukitan tapus pulang mengembara. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nilimbungan Mr | pakaian berwarna hitam yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Mansayau. | Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan nelangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |