burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumingok, *lumingo* Mr | sejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya. | Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tori, *dtori* Ir | bersunat. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giluguop, *kirukup* Bd | sejenis ulat cincin yang berwarna kemerah-merahan. Ia tinggal di hutan tua di bawah daun-daun kering dan di tempat yang lembap. | Beberapa ekor semut dan giluguop yang tidak menghiraukan bunyi bising itu habis ditimpa dan ditompoki abuk-abuk kayu tetapi tidak lama kemudian binatang-binatang itu akan muncul semula daripada lumpur abuk tadi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menimbang Bs, Tb | suatu upacara tolak bala yang dilakukan ke atas bayi yang dilahirkan pada bulan safar (Muslim sahaja) untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa bayi tersebut. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |