Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.ci/] | انچيق

Definisi : 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.ci/] | انچيق

Definisi : panggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik

Puisi
 

Encik Arshad menggali cacing,
     Itik baru kerat kepaknya;
Kalau pandai menimbang dacing,
     Baru tahu di mana beratnya.


Lihat selanjutnya...(52)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kelalagan Bj Sm, Tborang kenamaan (disegani dan dihormati).Zulpan bingkas dari tempatnya berdiri melangkah mendapatkan Encik Safuan lalu dia menyuakan tangannya bersalaman dengan Encik Safuan, Pegawai Pendidikan Bahagian yang cukup kelalangan dan gah namanya di daerah itu.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadul, *todul* Kdkayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon.Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambok, *jumbua'* Bdsejenis bakul tradisi orang Bidayuh.Sebagai tanda simbolik Datuk Celestine Ujang meletakkan bungkusan biji kopi ke dalam tambok yang dibawa oleh Encik Michael Duk di majlis penyerahan ladang kopi SELCRA seluas 80 hektar kepada Kampung Tema Saan.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 1995Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
aman Kd, Mrsapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua.Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas