Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak meng­untungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahir­nya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau me­nanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perda­gangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galas

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas,
     lamun dihitung rugi juga.

Bermaksud :

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kejarut, *bejarut* MSrkusut, berserabut.Berkeriut bunyi tali galas mencekik tajuk; disusuli bunyi kocakan air diterjah kaki dayung selebar 2 sentimeter. Anjang Husin terasakan paduan bunyi yang kejarut itu seolah-olah irama lagu kesengsaraan yang menguliti hidupnya sekeluarga.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas