Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mat] | ݢامت

Definisi : bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~ suasana;kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : sj binatang laut spt teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan utk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dsb), Holothuria spp.; air ~ air drpd gamat yg diawetkan; ibu ~ gamat yg diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : ark; bergamat berlagu, bernyanyi;menggamat; ~ lagu melagukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : penuh dgn bermacam-macam bunyi; riuh-rendah; bising: Dewan Rakyat telah ~ dgn gelak ketawa pagi tadi. menggamatkan menjadikan gamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamat

Puisi
 

Cik Gamat menikam gamat,
     Bunga melur kembang sekaki;
Biar lambat asal selamat,
     Dalam telur boleh kunanti.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bebandil Bj Smsejenis gong besar dan nipis.Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tigad-tigad Bj Smsejenis irama yang rancak, cepat.Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badung Bj Sm, Ir, Tbsejenis senjata seperti parang.Mak Ining tidak boleh duduk diam lagi. Lebih gamat lagi apabila dia mendengar Turagai sudah berhari-hari mengasah badung pusaka ayahnya. Mata badung itu sudah berkilat. Ramai yang beranggapan, Turagai sekarang sudah dirasuk syaitan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas