Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenteram hatinya; selalu berasa khuatir; tidak sabar menunggu dsb: Raja dan pengiringnya yg menunggu di luar berasa ~ kerana pemuda itu belum balik-balik lagi. menggelisah berada dlm keadaan gelisah; berasa gelisah: Pak Saleh ~ kerana makanannya belum juga dihantar. menggelisahkan menimbulkan rasa gelisah; menyebabkan berasa gelisah: Tentu ada sesuatu hal yg ~nya. kegelisahan hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelisah

Puisi
 

Bunga dedap lebat di dahan,
     Bila kembang warnanya merah;
Kalau cinta menjerat badan,
     Hati juga selalu gelisah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tedah MSrKasihan, pernyataan simpati kepada seseorang akibat kesusahan dan sebagainya.Pawi, bisik Pak Keri Ladun, menggamit lutut Udak Pawi. Nampaknya semakin teruk keadaan tedah Bujang Elak itu!" Udak Pawi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, lemah. Hatinya yang gelisah semakin bertambah gelisah. Tewaskah Syekh Jamal?.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mit Ibkecil.Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lasak MSrbahagian atas kepala yang tidak berambut.Rentap menghela nafas, mengeluh. Ditenungnya wajah Nikosa. Gelisah. Sayu. Dahi lasak Nikosa jelas berminyak. Rentap mengengsot kerusinya ke meja.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
basung Mrsejenis bakul yang diperbuat daripada rotan dan digunakan untuk membawa barang. Ia mempunyai tali untuk disangkutkan pada bahu si pembawa.Maria semakin gelisah apabila merasakan bakul basung yang dipikulnya itu, dipegang oleh Baljit. Perjalanan pulang ke rumah Solisir yang jauh itu, terasa semakin membebankan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas